2024-08-20 12:00
Setakat ini, dua jenis Mpox telah dikenalpasti, iaitu Klad I (Klad Kongo Basin) dan Klad II (Klad Afrika Barat). Klad I lebih mudah berjangkit dan boleh menyebabkan simptom yang lebih teruk.
Simptom Mpox kebiasaannya bermula seawal satu sehingga 21 hari selepas dijangkiti dan kekal selama dua hingga empat minggu.
Antara simptom-simptom tersebut ialah
-ruam yang terdiri daripada lesi kecil
-demam
-sakit tekak
-sakit kepala
-sengal badan
-sakit belakanf
-nodul limfa membengkak