2024-08-09 03:21
ℹ️ Apakah Keirin? Saya kongsikan:-
🚴 Lumba 6 pusingan dengan jarak 1.5km melibatkan 5-7 pelumba
🏍️ 3 pusingan pertama pelumba perlu ada di belakang pacer (motorsikal/e-bike)
💨 3 pusingan terakhir pacer keluar dan pelumba mula tingkatkan kelajuan
🔔 Lap terakhir loceng dibunyikan dan di sinilah kelajuan pelumba boleh cecah sekitar 70km/h!
🇲🇾 Malaysia cukup berbisa - final Athens,🥉Rio,🥈Tokyo,🥇Paris?
🔥 Ayuh Malaysia, kita doakan perjuangan Azizul & Shah bermula esok 10 Ogos kira-kira jam 11.19pm!