2024-08-09 06:27
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda :
Maksudnya : Sebaik-baik hari yang terbit matahari padanya ialah hari Jumaat. Pada hari tersebut diciptakan Nabi Adam AS, dia dimasukkan ke dalam Syurga dan dia dikeluarkan daripadanya. Dan pada hari tersebut, terdapat satu waktu yang mana jika seseorang muslim berdiri mendirikan solat dan berdoa kepada Allah SWT akan sesuatu hajatnya, Allah SWT akan memberi apa yang dihajatkannya tersebut.
Hadith Riwayat Al-Bukhari