2024-07-13 08:58
Kos rumah di Qatar.
Di Qatar, penginapan samada disediakan oleh majikan atau diberikan elaun penginapan.
Pilihan yang tersedia hampir sama di Malaysia, Flat, Serviced Apartment, Hotel & Villa.
Terserah samada mahu bilik sahaja, Studio, 1BHK, 2BHK atau 3BHK (Bedroom, Hall, Kitchen) ke atas. Harga bergantung kepada kawasan, kualiti rumah & kemudahan.
Kebiasaannya, harga bermula dari 4000qr ke 12500qr (RM5100-16000) untuk rumah dengan perabot & lokasi berhampiran Metro.