2024-08-28 14:32
Pernah beberapa orang menyatakan minat, untuk aku menulis tentang produk/ servis mereka. Ya, aku ada cuba. Tapi, pada aku tak seronok.
Bagaimana aku nak menulis, tentang sesuatu yang aku tak lalui, rasa atau lihat? Hanya sekadar penulisan kosong tanpa jiwa.
Hanya ada satu keadaan saja yang membuatkan aku menulis tentang produk/ servis orang lain. Iaitu, apabila aku sendiri mengalami dan terselit bersama emosi.