2024-09-04 11:26
Kisah Jumaat lepas...
Saya ditugaskan menjadi pengacara majlis. Setelah menjemput mantan KPPD dan tetamu VIP untuk acara potong kek, saya ajak hadirin nyanyi lagu hari jadi.
"Kita nak nyanyi lagu bahasa inggeris ke bahasa melayu?"
"Allah selamatkan kami!" Jawab beberapa rakan sekerja.
"Baiklah, kita sama-sama nyanyikan Allah Selamatkan Sultan kami," ujar saya dengan yakin.
Semua orang gelak. Saya tersilap cakap lagu kebesaran negeri Pahang pula. 🤣