Kagum melihat ketabahan seorang bapa bawa anak lelaki yang ada autisme ke masjid untuk solat Jumaat. Bapanya pakai baju tshirt dan ada mesej dibelakangnya berkenaan autisme. Lembut tapi tegas menegur melarang anaknya dari buat bising. Jemaah sekeliling pun tiada yang pandang pelik. Pakcik yakin ramai yang doakan untuk awak dan bapa awak. Cuma pakcik risau ketika awak berjalan-jalan sepanjang saf. Nasib awak pulang ke tempat awak semula. Awak comel dik.