2024-09-06 19:48
I just wanna be happy
Mengambil jalan singkat untuk mengecapi rasa gembira itu bukan jawapan bagi semua gelora di jiwa. Kita sering terpedaya dengan `dopamine strike’ yang bersifat sementara dan palsu.
Hakikat gembira itu hanyalah secebis perasaan yang sama sifatnya seperti kesedihan yang datang dan hadir saban hari.
Kejarlah kemuliaan hidup sebagai hamba Tuhan, kerana TENANG atas segala suka mahupun duka itu lebih mahal nilai serta lebih besar kesannya dalam perjalanan hidup sementara ini.