2024-10-27 03:11
Batuk berulang memang satu perkara yang menyedihkan dan menbimbangkan ibu bapa terutama apabila sudah beberapa kali pergi ke klinik dan menerima rawatan yang pelbagai.
Selalunya saya akan ambil lebih masa untuk mengambil sejarah pesakit supaya dapat kenal pasti punca batuk berulang. Kemudian pemeriksaan tekak, hidung, telinga, kelenjar, dan paru-paru. Ujian darah (tidak wajib) jika tiada petanda menunjukkan jangkitan.
Semoga diberikan kesembuhan 🤲