2024-11-18 16:15
Lepas tidurkan anak,
Aku tak boleh tidur pula
Aku google gambar baju buat pakai duduk rumah hari-hari
Klik sana klik sini
Tengok gambar, tengok warna, labuh mana semua la.
Lepas tu keluar je
Tak beli pun
Pastu aku masuk fb,
Keluar ads berderet gambar macam baju-baju macam aku click tadi.
Kau tahu dia tulis apa?
"gaun labuh, pendek pertengaha. untuk perempuan gemuk"
Cis betul!
Terus mengantuk mata aku.
Ok bye la.