2024-12-03 10:03
INTERNATIONAL DRIVING PERMIT (IDP)
Antara dokumen yang diperlukan untuk memandu di luar negara. Tak semua negara mewajibkan IDP, ada juga sesetengah negara yang boleh guna lesen memandu sahaja seperti New Zealand, Itali & UK. Biasanya kalau nak sewa kereta di Jepun perlukan permit ini. Kos hanya RM150, sah laku selama setahun. Cuma isi borang, bawa salinan IC & gambar passport berlatar belakang putih ke mana mana cawangan JPJ. Tak sampai sejam siap.