2024-12-05 03:15
Alhamdulillah siap POSTER KULIAH
RENUNG DALAM DALAM ❤️
Nasihat ni bila kita renung dalam dalam,
Benarlah, betapa besarnya amanah anak yang Allah beri pada kita ni.
Dan betapa beratnya tanggungjawab yang ibu bapa pikul dan banyak juga hak anak anak yang ibu dan bapa kena tunaikan.
Teringat pesan guru,
Permulaan agama adalah mengenal Allah.
Permulaan dalam mendidik anak anak adalah dengan MENGENAL ALLAH terlebih dahulu. Dan disusuli dengan ibadah Feqah dan juga pembaikan hati iaitu Tasawwuf.