2024-12-05 16:11
Dalam surah al kahfi, pada kisah perjalanan Nabi Musa a.s bersama hamba Allah yang dikurniakan ilmu, ada babak anak yatim di sebuah bandar.
Anak yatim tu dikurniakan harta terpendam di bawah rumah mereka. Kurniaan itu dek kerana ayah mereka merupakan orang soleh.
Antara faedah yang boleh didapati daripada kisah ini adalah, kesolehah si bapa sedikit sebanyak menatijahkan kebaikan kepada si anak.
Dan harini tidak ada jalan untuk mencapai kesolehan melainkan melalui petunjuk rasul.