2024-12-18 01:34
PBD & UASA
Thread ni panjang. Harap korang baca sampai habis.
Takpernah saya menaip di sini tapi saya rasa saya nak kongsikan info baharu yang saya dapat minggu lepas.
Saya seorang guru Prasekolah. Namun begitu, saya rasa sangat bertuah kerana telah terpilih untuk menghadiri Sesi Penyebaran Maklumat Mengenai Pentaksiran Bilik Darjah kepada Edufluencer KPM pada minggu lepas.
Berdasarkan maklumat yang disampaikan, saya merasakan PBD dan ujian akhir sesi akademik saling melengkapi.