2024-12-27 06:22
Marah macam mana sekalipun, jangan sesekali rosakkan kenderaan yang bukan milik kita walaupun dalam tempoh sewa beli. Anda boleh disabitkan atas kesalahan 'Khianat'. Kesalahan ni boleh dihukum dengan penjara, walaupun hanya calar sedikit sahaja. Kalau dah tukar nama sendiri, suka hati la nak buat apa. Nak buat masak lemak motor salai pun takpa.