2024-12-27 07:44
Makan tengahari di sini (Bangi Square 2, Country Height) tadi selepas sembahyang Jumaat di Masjid UNITEN. Nasi Mandy Lamb. RM18.00 saja untuk seketul daging potongan nipis.
Kalau ikut pengalaman saya, daging kambingnya macam kabsah kalau di restoran masakan Arab Yaman seperti Hadramout dan Saba’ dan bukan mandy. Mungkin tuan punya gerai bukan orang Yaman. Salad kobis mentah. Saya kurang gemar kobis mentah. Macam makan nasi ayam kepuk dan geprek pulak 🤭😅.