2024-12-30 13:59
Isteri saya penggemar nasi kerabu. Kebetulan lewat petang tadi kami ke TTDI Grove, Kajang untuk mencari kedai makan dan ternampak kedai ni. Terus berhenti sebab ada nasi kerabu.
Nasi kerabu lauk ayam bakar dengan nasi putih lauk daging goreng kunyit dan 2 teh o kosong RM23.00.
Kakak yang jual nasi kerabu dan nasi berlauk ni baru 2 bulan buka. Dulu berniaga di Shah Alam. Berniaga di sini dari petang hingga malam sahaja. Lain kali boleh cuba ikan bekok pulak. Singgang pun ada.