2025-01-03 10:33
Sebelum ni bila ada masalah ,yang terlintas dalam hati dan mulut mesti ayat "kenapa mesti aku yang diuji mcm ni" hidup ni kenapa tak adil . Sampai satu masa bila selepas tu ada lagi ujian atau musibah yang datang .Dah mula rasa terlalu redha dan sebolehnya aku jadi manusia paling cuba untuk bertenang .
Sekarang cuma satu perkara ni aku percaya . Sedangkan Allah tak pernah berkira pada semua hambaNYA ,siapa aku yang penuh dosa ni nak merungut ,nak pertikaian apa ujian yang DIA nak beri untuk aku.