2025-01-03 13:55
Saya nak cari pekerja yang tegas, jujur, cerdik dan berani seperti Shin Cha-il dalam Drama Bersiri Korea “The Auditors”. Baru tonton minit ke-40 Episod 1, saya dah tertarik dengan keberanian dan ketelusannya dan spirit nya untuk menjaga Syarikat besar yang mempunyai ramai pekerja.
Haish… saya pun tak seberani itu. Walaupun saya bekerja sendiri. Sangat sukar cari pekerja yang telus dan jujur. Kadang kita bekerja, kita tak sedar apa yang kita buat menyalahi etika dan disiplin kerja.