2025-01-19 15:20
“Pengalaman bersama kawan Bipolar Disorder di Universiti”
Waktu semester pertama di universiti, aku berkawan dengan Aiman. Dia seorang yang ceria, penuh jenaka, dan mudah disenangi ramai. Tapi lama-kelamaan, aku perasan ada sisi dirinya yang berbeza.
Ada masa dia sangat ceria dan bertenaga, tapi tiba-tiba dia berubah jadi pendiam, jauh, dan tenggelam dalam dunia sendiri. Satu malam, dia mesej aku pukul 2 pagi: “Aku rasa aku tak mampu dah. Kau ada masa untuk dengar?”