2025-01-24 15:40
Masa intro melodi gitar elektrik tu masuk, aku rasa seram sejuk. Tapi aku biarkan je. Lagu ni memang ada vibe mistik sikit. Tengah aku fokus key in blood result dalam komputer, suasana office tiba-tiba jadi sunyi. Aku pandang sekeliling, Fazura yang tadi duduk tak jauh dari aku… dah tak ada. Bilik office yang terang rasa macam suram, cahaya komputer jadi malap. Bulu tengkuk aku mula meremang. (Sila play lagu ni)