2025-01-28 07:13
Berita baik buat peminat Samsung di Malaysia! Khabar angin mengenai kehadiran Samsung Galaxy A56 ke pasaran tempatan akhirnya terjawab apabila peranti tersebut telah menerima pengesahan daripada SIRIM pada 24 Januari 2025.
Menurut sumber yang boleh dipercayai, Galaxy A56 dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada pertengahan Mac 2025. Walaupun spesifikasi penuh masih menjadi rahsia, beberapa maklumat telah tertiris di internet.