2025-03-07 11:37
Bayangkan umur 45 tahun, tiba-tiba dipecat. Beratus resume dihantar, tapi siapa nak ambil pekerja tua yang pernah merasa gaji besar? Lagi senang ambil orang muda, baru grad, gaji murah, tenaga banyak.
Hutang rumah makin bertimbun. Anak-anak perlu sekolah. Makan minum keluarga, kos rawatan orang tua. Semua itu tetap kena bayar.
Ujian hidup akhir zaman. Rajin bagai nak rak, akhirnya di lupakan begitu sahaja. Kan?