2025-02-27 13:08
Kata orang, jodoh itu rahsia Allah. Ada yang mencari dan berjumpa. Ada yang mencari, tetapi tidak bersua. Ada yang tidak mencari, tapi jodoh hadir di depan mata. Ada yang bercinta bertahun lamanya, tetapi jodoh tiada. Ada yang berkenalan tiga bulan sahaja, terus menikah, mengecap bahagia.