2025-03-14 04:58
Dalam sistem takaful, proses underwriting dilakukan untuk menilai risiko kesihatan dan latar belakang pemohon. Bagi individu yang sudah menghidap penyakit kritikal, mereka dianggap berisiko tinggi, oleh itu permohonan mereka mungkin ditolak.
Syarikat takaful biasanya mengutamakan individu yang sihat atau dalam keadaan kesihatan yang baik kerana mempunyai kemungkinan yang lebih rendah untuk membuat tuntutan dan tidak berisiko memandangkan takaful menggunakan tabung tabarru.