2025-03-14 16:33
Merasakan diri tidak berdosa, itu juga satu dosa. Kerana merasa suci dan bersih daripada dosa. Takutnya kepada Allah pun hilang, rasa kehambaan pun turut hilang sama.
Sebab itu adakalanya dengan sedikit cacat cela boleh menyelamatkan. Di waktu dia tercacat, dia merasakan sangat berdosa. Jiwanya pun menderita, laju taubatnya. Itulah yang Allah suka.
Rasa berdosa terus bertaubat.
Kita kena faham, orang yang tak buat dosa pun kena rasa berdosa. Kerana rasa berdosa itu sifat HAMBA.