2025-03-15 17:08
Untuk seseorang itu beradab ia perlu melalui pengalaman berilmu dan berguru. Kerana dalam adab itu ada ilmu yang perlu dipelajari. Bukan setakat belajar ilmu adab semata-mata bahkan ia memerlukan pemerhatian dan tunjuk ajar dari seorang guru yang muaddib. Yakni, guru yang memang mengajarkan ada dan membentuk muridnya menjadi beradab.