2025-03-16 05:45
Cuba bayangkan, kepada anda yang rasa hidup sedang di titik paling rendah…
Yang rasa dunia menghimpit dari setiap sudut…
Yang hampir putus harapan…
Mungkin bukan hari ini. Mungkin bukan esok.
Tapi suatu hari nanti, cahaya itu akan kembali. Dan saat itu, anda akan faham kenapa semua ini terjadi.
Ramadan ini, semoga hati diberi ketenangan, jiwa diberi kekuatan. Jangan putus asa, jangan berhenti berharap.
Pelangi itu sedang menanti.
Hargai diri, kerana hidup ini masih indah untuk dinikmati.