2025-03-15 21:17
Tahun 2017, Ibu siapkan semua preparation raya tapi 2 minggu sebelum raya Ibu jatuh dan terus ditidurkan sampai hari raya.
Hari raya pertama beraya di hospital tunggu ibu bangun, makan kuih raya ibu buat, tapi Ibu tak bangun-bangun.
26 hari ibu di hospital, akhirnya ibu pergi sehari selepas birthday I.
Masa birthday I, I ckp dgn Ibu. Ibu, semua dah wish wa birthday, Ibu je belum. Biasa Ibu orang pertama wish birthday dkt Wa.
Selepas tahun itu, tiada lagi ucapan hari lahir daripada Ibu.