2025-03-17 13:38
Aku pandang Faizol. "Kau free tak sekarang? Jom mamak. Aku nak call yang lain, rasa macam ada benda tak kena."
Faizol terdiam sekejap sebelum angguk.
"Okay, jom."
Kami berkumpul di kedai mamak, masing-masing dengan wajah serius.
"Zol, dh berapa lama kau perasan Sham tak balik?" tanya Azhar , sambil pandang Faizol.
Faizol angguk. "Last aku nampak dia, Jumaat—sebelum korang ambil dia."
Dalam masa yang sama, Azhar berulang kali cuba menghubungi Sham, tapi tak berjaya.